Kejusedap's Blog

January 29, 2010

From blog to shop….

Filed under: Uncategorized — kejusedap @ 2:24 pm

29 January 2010

Kali terakhir saya menulis di blog ini ialah pada April 2009. Hampir setahun lamanya tiada update di blog ini. Ada sesuatu yang sangat menarik, suatu peluang yang tidak dijangka dan sesuatu yang pernah menjadi angan-angan saya; telah berlaku membuat kan saya kembali menulis. Cerita nya bermula begini.

Beberapa hari sebelum krismas 2009, Kak Meme jiran saya telah meng order kek untuk harijadi anaknya. Kebanyakan bahan2 untuk membuat kek coklat memang ada stok dirumah. Kecuali board dan box untuk bekas kek. Jadi saya pun pergilah ke kedai kek Nova (yang pernah saya ceritakan sebelum ini: Nova Baking Supplies

Pekerja kedai yang memang kenal saya dan sangat ramah, Kak Aisyah menyapa saya dengan gembira kerana sudah agak lama juga saya tidak berkunjung ke sana. Kak Aisyah pun bagi tahu juga yang Azian, bos kedai nak jual kedai nya. Saya sangat terkejut kerana saya juga kenal akan Azian dan tak sangka dia akan jual kedai kek tersebut. Entah mengapa saya rasa sangat ralat jika Azian jual kepada orang lain. Tidak semena-mena Kak Aisyah mencadangkan untuk saya membeli kedai tersebut. Saya menjadi tergamam kerana memikirkan yang saya bercadang untuk mengerjakan haji pada tahun ini, jadi rasanya segala peruntukan kewangan dan perhatian hanya ditumpukan kepada rancangan untuk bersedia ke tanah suci. Namun, dalam pada itu saya juga rasa menjadi suatu kerugian jika peluang yang ada di lepaskan begitu sahaja.

Balik dari kedai, tak sabar rasanya untuk sampai ke rumah untuk memberitahu Mr Huby tentang berita yang tak terjangka ini. Beberapa hari sebelum itu saya juga ada menyatakan hasrat untuk membuka kedai / pengedar ayam organic setelah membaca blog Dr Zainal Abidin tentang usahanya menternak ayam organic dan memerlukan pengedar. Namun itu semua Cuma cakap2 kosong saya dengan Mr Huby pabila memikirkan modal yg agak besar diperlukan utk membuka kedai atau menjadi pengedar. iba-tiba peluang yang seakan serupa datang pula, membuatkan hati bagai melonjak-lonjak untuk tidak melepaskannya.

Setelah berbincang dengan Mr Huby, kami pun bersetuju untuk berjumpa dengan pemilik kedai, Azian untuk berbincang dengan lebih lanjut. Setelah berjumpa, berbincang dan bertanya tentang hal-hal berkaitan akhirnya kami bersetuju membeli perniagaannya.

Dipendekkan cerita, dan dengan restu dan izin Allah setelah berhempas pulas mencari, membuat permohonan dan menguruskan hal2 berkaitan financial serta administration, akhirnya kedai pembekal bahan kek Nova Baking Supplies akan bertukar tangan. Walaupun sigboard masih belum sedia untuk dinaikkan, namun bermula dari 1 February 2010, management kedai akan berada di bawah pengurusan ‘kejusedap ENTERPRISE’.

Bak kata Fatimang, teman baik saya…’peluang mengerjakan haji akan ada setiap tahun; jika Allah izinkan Dia akan beri kepada hambanya apa-apa yang diingini mengikut kemampuan masing-masing….’

Theme: Banana Smoothie. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.