20 Zulkaedah 1428H
Bab-bab halal haram bahan2 utk membuat kek dan yang sewaktu dengannye banyak dah dibincangkan di blog-blog yang berkaitan….
Memang satu cabaran kepada pegusaha home made seperti saya….nak membuat kek tu dah satu hal…nak memastikan bahan yg digunakan tu semuanya halal pun satu hal…
Namun begitu bermula dari pada hari ini saya tak perlu risau lagi. Ini kerana ada seorang bumiputera pembekal bahan kek yang kedainya terletak di Puchong Prima telah menyakinkan saya yang semua bahan-bahan di kedainya mempunyai sijil dari Jakim. Nama kedai dan alamat nya seperti berikut:
Nova Baking Supplies
35, Jalan Prima 5/6,
Taman Puchong Prima,
47100 Puchong,
Selangor
Tel/Fax: 03-80684128
“Mencari Yang Halal Itu Adalah Fardhu Bagi Seluruh Umat Islam”