Kejusedap's Blog

November 30, 2007

Halal – Haram cake ingredients

Filed under: Halal Food — kejusedap @ 11:25 am

20 Zulkaedah 1428H

Bab-bab halal haram bahan2 utk membuat kek dan yang sewaktu dengannye banyak dah dibincangkan di blog-blog yang berkaitan….

Memang satu cabaran kepada pegusaha home made seperti saya….nak membuat kek tu dah satu hal…nak memastikan bahan yg digunakan tu semuanya halal pun satu hal…

Namun begitu bermula dari pada hari ini saya tak perlu risau lagi. Ini kerana ada seorang bumiputera pembekal bahan kek yang kedainya terletak di Puchong Prima telah menyakinkan saya yang semua bahan-bahan di kedainya mempunyai sijil dari Jakim. Nama kedai dan alamat nya seperti berikut:

Nova Baking Supplies
35, Jalan Prima 5/6,
Taman Puchong Prima,
47100 Puchong,
Selangor
Tel/Fax: 03-80684128

“Mencari Yang Halal Itu Adalah Fardhu Bagi Seluruh Umat Islam”

November 29, 2007

Alamak 3 bijik kek nak kene buat!

Filed under: Uncategorized — kejusedap @ 11:15 pm

19 Zulkaedah 2007

Sejak2 keluar promosi email pasal gift box, ade la kengkawn yang terkejut tengok tak sangka dulu engineer sekarang nak jadi baker…ramai jugak yang memberi kata2 perangsang dan sokongan moral, adus sadis nyeee….

Ex-hsemate masa kat vista, ni yang lain lak: Ajut (nama sebenar azura) contact kata nak kek 3 bijik utk celebrate bos nye punya birthday. Dia keje kat Putrajaya…org gomen la….

Dia siap pesan lagi buat cecantik so that bole promote lak kat kekawan ofis dia…alamak bila org pesan macam ni yang buat ketaq lutut ni…dia nak kek coklat 2, 1 carrot cake

So start dari lepas masak lunch sampai ke malam, bake la satu-2 sambil melayan si Baby…abang n kakak dah pegi rumah kawannye tingkat 11, nak main….

Masuk je azan maghrib, carrot cake pun siap diadun dan masuk la ke dalm my little oven…
suspen gak dah lama tak buat carrot cake ni….coklat cake yg dua tadi dah siap dgn jayanye….

Lepas satu jam carrot cake pun masak..alhamdullilah…everything looks perfect…
Now, deco time…

Fikir2…ni nak kene buat fondant ni sbb nak buat carrot miniature, so try la resepi simple fondant yg dpt from one of the fotopages:

BLUE AND WHITE LOVES (simple fondant)
1 egg white
1 tbsp glucose (dihangatkan)
2 1/2 to 3 cups of icing sugar (sifted) (maybe more depending on the size of your eggs,)

Mix egg white and glucose together. Use a fork to break/mix the egg white and glucose. Then add in the icing sugar, use a spatula and mix the ingredient using a chopping motion (macam cincang daging gitu). bila dah blend together and dah start forming into a ball, uli pakai tangan on a smooth surface dusted with icing sugar, kalau masih lembik, boleh tambahkan more icing sugar. Bila agak2 dah tak melekit tu dah orite ah then boleh bubuh pewarna.

masa buat tu punye le gabra…tak ikut procedure, dah termix putih telur dgn icing sugar dulu pas tu baru masukkan liquid glukose….nasib baik jadi jugak miniature carrot tu…tp adunan tu agak rapuh sket so kalo nak deko kek besar atau nak buat bunga or frills mesti susah nak jadi…

ade lebih lagi fondant apa nak buat pe ni???? hmmmm lets see what have i got:

hhhmmm…I am very proud of my carrot cake especially with the carrot miniature, tulisan je la yg tak berapa nak cente
Since ni bday boss, buat coklat kek yg agak formal sket aaa…formal ke ni????
Yang ni kek dgn bow, masa Mr. Hubby lalu kat dapur bila dia tengok kek ni dia kata ‘ni design apa lak kek dgn bow ni?’ so kira ok la rupa bow tu, perasan gak dia yg ni adalah bow…maksudnye menjadi la bow tu…

Pepagi tadi dah pergi deliver, sampaikan tak boleh nak breakfast…ketaqqq!!! maklumla first time nak kene deliver kek sampai 3 bijik…angkut satu family…siap pesan kat Mr. Hubby, pelan2 bawak kete, takut ade yang kona baring sat lagi…..

November 27, 2007

Launching of the Chocholate Cheese Cuppy Gift Box

Filed under: Uncategorized — kejusedap @ 12:47 am

17 Zulkaedah 1428H

Idea nak buat gift box ni dah ada lepas2 buat trial flavor chocolate cheese ni dulu lagi…cuma nak buat kotak nye yang tak menjadi2 since ade je barang yang tak cukup utk ambik gambar promosi gift box ni. Since everything now is complete, bole la promotekan gift box ni…..promote tru email….

Quote of the email:

Assalamualaikum and Hi everyone….

In conjunction with the Hari Raya Aidiladha and school break, I am proudly launching this ‘Chocolate Cheese Cuppies gift box’.

‘, WIDTH, 1, HEIGHT, 1);” onmouseout=”return nd();”>

The gift box contains four (4) pieces of chocolate flavor cupcakes topped with cheese and sprinkle with chocolate chips.
Every purchase of the set of three (3) gift box will received an additional two(2) nos. of cupcakes.
The price of the set of three (3) gift box is RM28.00.

‘, WIDTH, 1, HEIGHT, 1);” onmouseout=”return nd();”>

If you’re interested, please drop me an email or just call me at the no. 019-360 8536 to place your order……… eeemmmmm…delicious….

November 26, 2007

Kek coklat lagi…dan eksperimen Chilled Strawberry Cheese Cake

Filed under: Cheese cake — kejusedap @ 11:12 pm

16 Zulkaedah 1428H

Kek coklat yang buat utk nor hari tu, nor bagi masitah rasa….suke member dengan kek tu…dia pulak nak ode…dia kata adik dia mmg suka type kek coklat yg macam ni…..
So, dia nak ode utk belated birthday adiknye…..dia mintak buat saiz kecik sbb nak celebrate 3,4 org je…
Ni la hasilnye….

‘, WIDTH, 1, HEIGHT, 1);” onmouseout=”return nd();”>

Hari yang sama buat jugak chilled strawberry cheese cake. Resepinya dapat drpd hanieliza fp. Terima kasih kak liza, tapi Mai ada bege sket resepinye…
Baru ni beli barang kat Tesco nampak ade fresh strawberry, yogurt pun mmg ada dalam petiais, fresh cream yg beli sekotak utk buat kek aci depan rumah nor pun ade lagi ..so apalagi…eksperimen la Chilled Strawberry Cheese Cake…sambil tu nak complete kan pamphlet cake….
Chocolate sauce utk Masitah punye kek tu buat utk satu adunan, since dia nak separuh adunan so chocolate sauce tu pun pakai separuh…so lebihnya bole guna utk topped on the cheese cake…saje potong dulu baru letak topping nye…bagi le jiran2 yg berkenaan merasa sikit sorang….

‘, WIDTH, 1, HEIGHT, 1);” onmouseout=”return nd();”>

Recipe Chilled Strawberry Cheese Cake:

CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE (Mai tukar jadi strawberry)

Bahan Base
150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus]
2 s/b butter [suhu bilik]

Bahan Kerim
250 gm cheese cream philidephia
300 ml yogurt [perisa buah ] (Mai guna 300gm fresh cream dipukul hingga gebus dulu…)
100 gm gula halus [gula kastor]
100 gm ice-cream vanilla (Mai guna 100gm yogurt)

Larutan agar-agar cair [panaskan]
130 ml air
1 s/b agar-agar serbuk

Hiasan [kacau sebati]
Filling blueberry (Mai tukar jadi strawberry)
1 s/b air suam

Cara
1. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang.
2. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
3. Masukkan yogurt dan ice-cream dan kacau rata
4. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
5. Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
6. Keluarkan dan letakkan filling blueberry.
7. Hidangkan.

November 23, 2007

Hari kuciwa bertukar gumbira

Filed under: Uncategorized — kejusedap @ 10:55 pm

13 Zulkaedah 1428H

Semalam pergi interview kat Ikram. Actually I don’t expect to be called for interview this fast neither nor to join back the rat race so soon. Plan nak tunggu si Baby umur setahun baru nak start keje semula.

Punye la beriya study pasal ‘building maintenance’ sebab ade member kat ofis lama yang ex-Ikram updatekan kata diorang maybe tanya pasal tu. Bila pegi, interviewer tu kata memang dia nak orang yang ada background structure, they expect that he or she can come in and immediately ‘run’. There’s no time to learn. They mention about going to Grik to investigate on the collapsed structure. Ni kes building yang collapsed near Tasik Banding tu le…bile tengok my experience mostly in slope/geotech, maybe they don’t believe that I can do it. Dengar nak kene gi outstation pulak, dalam hati dah teringat si Baby…maybe they can read my mind kot….
So kesimpulannya tak dapat le tu…rasa frust jugak..bukan apa sebab dah prepare….:'(

Mr. Hubby dengan anak2 pun ikut sebab senang nanti Si Baby boleh menyusu dalam kereta…. on the way back tu dapat sms daripada jiran (nor-tingkat 2) kata Aci depan rumah dia nak ode kek orange layer….B4 that dia pun ode jugak kek coklat moist….tokey memasak pun ode sbb oven nye rosak…..well at least terubat juga luka dihati because I got something else to concentrate on….:-O

Mula-mula start bake sponge mix dulu….pas tu prepare adunan kek coklat nor…buat utk dia kek coklat moist dgn my favorite topping coklat ….oleh kerana Nor dah bagi lead customer..so decide nak bagi dia ‘complimentary’ gift la iaitu ‘double heart chocolate moist’. Sementara tu sponge mix pun dah masak, oleh kerana dah sebok mengadun kek coklat tu, kek sponge tu tunggu je la untuk dideko kemudian….

Dah siap bake dua2 bijik kek coklat bentuk heart tu, terus buat sos coklatnye then baru le buat orange kastard layer utk kek sponge tu..pening gak… kejap buat tu …kejap buat nih….

Bila bukak je kotak fresh cream yang baru beli kat BWY, brand Anchor tengok2 warna nye dah kuning..expired date blom lagi sampai…tension tul…guna ade lagi lebih fresh cream ‘top ace’ yang buat sbolm ni, bila di mix, tak mau kembang la pulak…masa tu dah kul lebih kurang 2 setengah pagi..terpaksa mix kat dalm bilik supaya tak le bunyi bising sangat … jiran2 sume dah tido…
adoi……tak leh jadi ni …nak pakai buttercream rasanye tak kene la pulak sebab kek nye orange layer…pakai fresh cream campur skit orange layer baru la ngam rasa dia nanti….

Dengan Si Baby lak macam tak lena tido..kejap2 menangis kat katil…Mr. Hubby lak dah lelap kepenatan sebab ari ni bawak kete…tu la tak biasa bawak kete nye pasal…jam lak tu…
tak bole jadi ni…angkat Si Baby letak balik dalam buai letak bawah kipas dekat sket ngan my working table..so kalo dia menguit senang nak enjut….

Last2 siapkan kek nor kul 3 setengah baru tido…kek aci tu tak siap gak…
Pagi esoknye dah siap2 mandi sume..pegi la kedai kek Nova kat Puchong Prima beli lain fresh cream tu….

Sudah nye kek Aci tu siap kul satu tengahari on the 23rd Nov. 07. Itu pun masa buat rose, mixture fresh cream tu macam nak cair…mesti sbb campur dgn orange paste and color….tapi rasanya sedap….

Sib baik Nor bagitau kat Aci tu malam baru kek ready, last2 deliver kat dia kul 5 ptg….:-)

Things to improve next time:
1. When combining two hearts make it one in upward position while the other a little downward position or else it doesn’t clearly shows it is a double heart shape until you mention to the customer
2. Don’t put the whip cream in the freezer when it say so at the label
3. Don’t apply the thin whip cream before applying the thick one cause later it is difficult to smoothen up the whip cream after covering it
4. Don’t put to much flavor emulco in the whip cream, instead put color of your desire, or else after a while the mixture turn out to be a little thin and the design will flow out of order

Ada emulsifier E471
Ada tanda halal tp bukan Jakim punye…ni confused nih
Ni fresh cream yg baru beli, tanda halal Jakim baru confident
Kek yg Nor order
Kek yang aci depan rumah Nor order

November 19, 2007

Chocolate Laminton

Filed under: Chocolate Lamintons — kejusedap @ 10:47 pm

9 Zulkaedah 1428H

Sometime few weeks ago, Kak Siti came over to my house to order the cupcakes that she brought to her friend’s open house. When I show her the fotopages that I always surf, she saw the recipe of Chocolate Laminton….this is from Lynn’s fotopages.

She told me she ate once the chocolate Laminton she bought at a condo near Jln Duta. So she told me to learn how to do it, so that she can easily order from me next time when she feels like eating the chocolate Laminton.

Since I have all the ingredient in my cabinet, I thought why not trying to make it.
Bila dah siap, sekali pandang macam kuih kasui…kuih kasui mat salleh….
Sedap laaa… rhopa-rhopanya, tak pernah makan la pulak sebelum ni…….so bagi la kak siti try..kot kot la next time dia nak order….
‘, WIDTH, 1, HEIGHT, 1);” onmouseout=”return nd();”>
Resepinye:
Choc Lamigtons
4 biji telor (diasingkan)
2/3 cawan (160g) gula castor
2 sudu besar serbuk koko

(Bhn2 diayak bersama)
¼ cawan (30g) tepung jagung
¼ cawan (30g) tepung gandum
1/3 cawan (40g) tepung serbuk penaik

Icing coklat
3 cawan (375g) gula ising (kalau x suka manis, boleh kurangkan sikit)
½ cawan (60g) serbuk koko
90g butter (dipotong kecil-kecil)
¾ cawan air mendidih
1 sudu besar serbuk kopi
3 cawan (270) kelapa kering untuk digolekkan

Cara membuat:
1.Panaskan oven 180’C. Alaskan dulang pembakar 20 x 30 c, (8 x 12 inci) dengan kertas minyak
2. Dengan menggunakan pemukul elektrik, putar putih telur sampai kembang, masukkan gula dan pukul sampai kembang. Kemudian masukkan kuning telur, pukul sehingga sebati.
3. Pindahkan campuran tadi ke mangkuk besar, dan masukkan serbuk koko dan campuran tepung yang telah diayak
4. Masukkan campuran tadi ke dulang pembakar, bakar selama 20 min. Biarkan kek sejuk dalam dulang pembakar selama 5 min sebelum dipindahkan ke wire rak untuk sejuk. Potong kek kepada 3 cm (1 ¼ inc) petak
5. Untuk Ising coklat : Ayak gula ising dan serbuk koko. Kacau dengan campuran butter, air panas dan serbuk kopi sehingga larut. Dengan menggunakan 2 garpu, celup kek yg telah dipotong petak kecil kedalam ising choc, angkat dan golekkan ke kelapa kering, letak semula diatas wire rack. Buat satu persatu sehingga habis.(ingat tu buat satu persatu, sebab kek sponge sikit, nanti kembang @ hancur)

November 18, 2007

Kak Siti Order Lagi

Filed under: Uncategorized — kejusedap @ 10:44 pm

8 Zulkaedah 1428H

Kak Siti ode lagi..baguih..baguih ..kak siti..terima kasih atas sokongan anda….
This time occasion nye makan2 bersama ibu mertua….mak mertuanya datang…masa Syawal tu hari tak sempat katanye..so sekarang kira macam baru nak beraya la…..

Flavor..chocolate again….kalo chocolate mmg I like..sbb selalu memang menjadi sedap dan tak banyak kerenah utk prepare….

These are they…. 16 pcs of chocolate cuppies…
Design cedok dari Lynn punya fotopages…

November 16, 2007

Order dari Zue

Filed under: Brownies — kejusedap @ 10:39 pm

6 Zulkaedah 1428H

Yang ni lak ode drpd Zu, my ex-hse mate masa dok kat vista angkasa dulu…zaman2 bujang…

Mula2 promote kat dia suruh dia ode utk hantaran atau door gift kenduri kawin nye…tengok dia nak ode utk hse warming party rumah kawannye..ok la tu…

Zue kata nak pick up the order Jumaat malam, rasa tak sempat nih sebab malam tu baru nak mendeko..biasa la nak mendeko kena tunggu si Baby tido…baru la tenang sket…
Ingat nak deliver kat dia Sabtu pagi tengok2 tak sempat lak..banyak benda nak diuruskan kat rumah…last2 Zue datang sendiri pick up..masa tu pun dah pukul sebelas…

This time buat satu kotak blueberry and strawberry filling another one chocolate flavor. Seronoknye bile Zue kata dia suka sangat design pink and kuning cair tu…

Cuppy with pink flower are with blueberry filling while cuppy with yellow flower with strawberry filling
Another box yg Zue order

Anyway pagi tu sempat lagi buat chocolate cheese cuppies…resepinye guna resepi choc cheese brownies from mak lang fotopages..it turn out to be very nice…nak promote kat Zue utk buat door gift kenduri nye nanti…

Yang bestnye Mr. Hubby pun cakap sedap..maklumla dia tu bukan senang nak puji masakan wife dia ni…kalo dia dah kata sedap tu maknanye mmg sedap le…

Kiranya tak payah bubuh topping lagi, rupa dia pun dah cantik sebab ada choc chips on top..sesuai kalo nak buat door gift kenduri kawin…

Ni dia resepi asalnye…dicedok drpd fp http://ulampegaga.fotopages.com
Cheese Brownies
Source : aunty yochana

Ingredients :
180 gm. Butter – melted
275 gm. brown sugar
3 eggs
1 tsp. vanilla essence
120 gm. self-raising flour
70 gm. cocoa powder

Cheese filling:
250 gm. cream cheese
45 gm. butter
80 gm. icing sugar
1 egg
(mklang letak skit jus lemon)
Some chocolate chips to sprinkle on top

Method:
(1) Mix melted butter with brown sugar until well combined.
(2) Add in eggs, one at at ime, mixing well after each addition. Stir in vanilla essence.
(3) Gently fold in flour and cocoa powder and stir till smooth.
(4) For cheese filling: beat cream cheese, butter and icing sugar until well combined. Add in egg, beating well.
(5) Pour half of brownie batter into loaf pan, then pour in cheese filling. Then pour the balance brownie batter on top of cheese filling. Sprinkle top with chocolate chips.
(6) Bake in preheated oven 170C for 40 min.s or until cooked

November 15, 2007

Cuppies utk kanak-kanak

Filed under: Uncategorized — kejusedap @ 10:35 pm

5 Zulkaedah 1428

Tadika Arif & Isya nak buat jamuan akhir tahun. Buat nye kat tadika je. Cikgunye pesan kalau ibubapa berminat bole la menyumbangkan makanan. So this is the right time to do more cupcake experiment. Daripada pagi dah bake sikit2. This time cuba perasa orange dan pandan dan juga tak ketinggalan coklat. Mostly bebudak kan suka coklat. Cuppy perasa orange tu..wau..marvelous….yang perasa pandan not bad, cuma bila makan dgn buttercream tersangatla manisnye…so next time kene kurangkan gula…resepi ni dah tak ingat ambik dari mana…mana idaknya dok merayau2 dari satu fotopages ke fotopages yg lain..bermula dgn my favorite fotopages..tak lain tak bukan lynnhassan dari situ pegi link mak lang la…http://hanieliza.fotopages.com/babybatriesyia…dan banyak la lagi…Nampak je resepi terus copy and paste ke file resepi….
Hasilnye…

Gambo emoticon tu keremot2 sket sbb guna tin aluminium yg tak cukup tinggi utk menampung limpahan cupcake yg telah masak…yg cecomel sket tu saiz kecik dari yg lain tu sbb tin aluminium nye tak cukup..ade 10 bijik je… so pas ni kena cari lagi la utk menstandardkan saiz cuppy.
Sama la kesnye dgn yg gambo strawberry tu… Yang topping coklat gambo bunga dgn coklat M&M tu pakai cup yg keras so…ok la rupa bentuknye…

On the same day, Masitah jiran sama tingkat, ada hint macam nak ode..tema sama la utk tadika anaknya pun nak buat jamuan akhir tahun..dah nak dekat kul 3 baru nak confirm..memula dia tanya utk 100pcs cuppy berapa ringgit..mak aiii!!! Nak ode banyak tu ke..ketaq lutut chek…dah le confirm lambat…kalo kabo dari semalam ok la jugak boleh bake sikit2…my oven tu dah le come lote..skali masuk maksimum 16 bijik je bole muat….tapi last2 dia kata nak 35ketul perasa cekelat…lega rasa… Ni hat dia punye….malam tu tido kul 3 pagi…adoi…ngantuk giler….

Kotak pertama
kotak kedua

November 11, 2007

Dah habis dah beraya….

Filed under: Rosemary Chicken — kejusedap @ 10:30 pm

1 Zulkaedah 1428H

Hari ni dah abis bulan raya…penat semlm pergi open house sampai 4 rumah semuanya kat apartment ni, berebut-rebut diorang ni nak buat open house…ye lah dah last Syawal….
Belek-belek kat http://ulampegaga.fotopages.com jumpa resepi banana coffee cuppy…try la…topping pun new trial jugak..guna royal icing…

It turns out to be very nice…since the royal icing is very very very sweet….so I just make a simple decoration as the topping…..buat corak garis-garis jek…

Since hari ni Sunday, Mr. hubby ade kat rumah…hmm try jugak resepi ayam rosemary, daun rosemary tu dah beli dari minggu lepas lagi dah……

Ayam rosemary dah tergolek kene bake
Yang ni ala-ala Kenny Rogers la tu…perasan…
Resepi ayam rosemary ambik kat http://lynnhassan.fotopages.com
Older Posts »

Theme: Banana Smoothie. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.