Kejusedap's Blog

August 17, 2010

Second Order: From Nor

Filed under: Uncategorized — kejusedap @ 2:13 pm

Saturday, November 10. 2007

29 Syawal 1428H

Yang ni second order, dari Nor tingkat 2…Nor ni pun kaki memasak jugak dulu biasa bisnes kantin…sampai la ni pun dok ambik orang punye order, mostly Malay dish and kueh-kueh tradisional…kek pun dia ade gak buat….
Temanya untuk bawak pergi merisik utk anak buahnye kat Rawang..
so ini la hasilnye…..

dia nak 16 pcs keliling rose dgn tengah2 design ape2…

Yang ni lagi mencabar buat rose tu…tah ape entah silapnye asik penyek je rupa rose tu…yang peliknye nak tekan keluar dari piping bag punye la susah..sampai kembang dah nak bocor piping bag plastik tu…petang tu sempat lagi pergi kedai bakery cari piping bag yang material kain dan pvc la kot…siap beli coupler lagi…tak pernah guna pulak tu..piping bag dah terpotong lebih…last2 tak bole gi jugak…guna balik la piping bag plastik lapik dua..kuat sket… demi memuaskan hati customer buat jugak sampai sudah….

Ni la close up view antara rose yang rupanya agak menawan……

Salam Aidilfitri Surau Al Hikmah Puchong Intan Apartment

Filed under: Uncategorized — kejusedap @ 1:52 pm

Saturday, November 3. 2007
22 Syawal 1428H

First time buat cupcake dengan deco buttercream, cedok idea from http://lynnhassan.fotopages.com . Tengok kakak ni buat bisnes cupcake dia respek la……so sebagai permulaan buat la FOC utk makan2 kat surau Al Hikmah Intan Apartment…hasilnye….tara!!!!!!….not bad!

Kotak pertama

Kotak kedua

Buat 2 kotak lagi….semuanye 50 biji….ada perasa coklat, perasa vanilla dengan strawberi and blueberry filling….

ni close up view gambo bunga rose….yang ramai2 tu tak berapa clear…

Another close up view of the choc rose…

Suke hati neighbors I, terutama yg pompuan la….budak2 apatah lagi…berebut2 nak ambik satu sorang…. Bila balik rumah malam tu syok sendiriiiii…………..

Cuppies utk kanak-kanak

Filed under: Uncategorized — kejusedap @ 1:24 pm

Thursday, November 15. 2007

5 Zulkaedah 1428

Tadika Arif & Isya nak buat jamuan akhir tahun. Buat nye kat tadika je. Cikgunye pesan kalau ibubapa berminat bole la menyumbangkan makanan. So this is the right time to do more cupcake experiment. Daripada pagi dah bake sikit2. This time cuba perasa orange dan pandan dan juga tak ketinggalan coklat. Mostly bebudak kan suka coklat. Cuppy perasa orange tu..wau..marvelous….yang perasa pandan not bad, cuma bila makan dgn buttercream tersangatla manisnye…so next time kene kurangkan gula…resepi ni dah tak ingat ambik dari mana…mana idaknya dok merayau2 dari satu fotopages ke fotopages yg lain..bermula dgn my favorite fotopages..tak lain tak bukan lynnhassan dari situ pegi link mak lang la…http://hanieliza.fotopages.com/…babybatriesyia…dan banyak la lagi…Nampak je resepi terus copy and paste ke file resepi….

Hasilnye…

Gambo emoticon tu keremot2 sket sbb guna tin aluminium yg tak cukup tinggi utk menampung limpahan cupcake yg telah masak…yg cecomel sket tu saiz kecik dari yg lain tu sbb tin aluminium nye tak cukup..ade 10 bijik je… so pas ni kena cari lagi la utk menstandardkan saiz cuppy.

Sama la kesnye dgn yg gambo strawberry tu… Yang topping coklat gambo bunga dgn coklat M&M tu pakai cup yg keras so…ok la rupa bentuknye…

On the same day, Masitah jiran sama tingkat, ada hint macam nak ode..tema sama la utk tadika anaknya pun nak buat jamuan akhir tahun..dah nak dekat kul 3 baru nak confirm..memula dia tanya utk 100pcs cuppy berapa ringgit..mak aiii!!! Nak ode banyak tu ke..ketaq lutut chek…dah le confirm lambat…kalo kabo dari semalam ok la jugak boleh bake sikit2…my oven tu dah le come lote..skali masuk maksimum 16 bijik je bole muat….tapi last2 dia kata nak 35ketul perasa cekelat…lega rasa… Ni hat dia punye….malam tu tido kul 3 pagi…adoi…ngantuk giler….

Kotak pertama

kotak kedua

Dah habis dah beraya….

Filed under: Uncategorized — kejusedap @ 1:15 pm

Dah habis dah beraya….
Sunday, November 11. 2007
1 Zulkaedah 1428H

Hari ni dah abis bulan raya…penat semlm pergi open house sampai 4 rumah semuanya kat apartment ni, berebut-rebut diorang ni nak buat open house…ye lah dah last Syawal….
Belek-belek kat http://ulampegaga.fotopages.com jumpa resepi banana coffee cuppy…try la…topping pun new trial jugak..guna royal icing…

It turns out to be very nice…since the royal icing is very very very sweet….so I just make a simple decoration as the topping…..buat corak garis-garis jek…

Since hari ni Sunday, Mr. hubby ade kat rumah…hmm try jugak resepi ayam rosemary, daun rosemary tu dah beli dari minggu lepas lagi dah……

Ayam rosemary dah tergolek kene bake

Yang ni ala-ala Kenny Rogers la tu…perasan…
Resepi ayam rosemary ambik kat http://lynnhassan.fotopages.com

First Order From Kak Siti

Filed under: Uncategorized — kejusedap @ 8:01 am

Thursday, November 8. 2007

27 Syawal 1428H

Tak sia-sia buat cuppy FOC ke surau itu hari…ni dah ada jiran nak order…Kak Siti…kiranya dia la my first customer…so bole la bagi special price….
Kak Siti nak bawak ke rumah kawannya utk open house..so tema design lebih kurang sama yang bawak ke surau ituhari la…..

Still ada rose design, tengah kemaruk buat rose tengok kat You Tube http://www.resipi.net/index.php?option=com_content&task=view&id=80&Itemid=2
Berpeluh-peluh nak buat rose tu….banyak gak yg tak jadi..tapi tak putus asa..buat semula…..mesti nak bagi customer puas hati….

 

Order dari Zue

Filed under: Uncategorized — kejusedap @ 7:40 am

Friday, November 16. 2007

6 Zulkaedah 1428H

Yang ni lak ode drpd Zu, my ex-hse mate masa dok kat vista angkasa dulu…zaman2 bujang…

Mula2 promote kat dia suruh dia ode utk hantaran atau door gift kenduri kawin nye…tengok dia nak ode utk hse warming party rumah kawannye..ok la tu…

Zue kata nak pick up the order Jumaat malam, rasa tak sempat nih sebab malam tu baru nak mendeko..biasa la nak mendeko kena tunggu si Baby tido…baru la tenang sket…
Ingat nak deliver kat dia Sabtu pagi tengok2 tak sempat lak..banyak benda nak diuruskan kat rumah…last2 Zue datang sendiri pick up..masa tu pun dah pukul sebelas…

This time buat satu kotak blueberry and strawberry filling another one chocolate flavor. Seronoknye bile Zue kata dia suka sangat design pink and kuning cair tu…

Cuppy with pink flower are with blueberry filling while cuppy with yellow flower with strawberry filling

Another box yg Zue order

Anyway pagi tu sempat lagi buat chocolate cheese cuppies…resepinye guna resepi choc cheese brownies from mak lang fotopages..it turn out to be very nice…nak promote kat Zue utk buat door gift kenduri nye nanti…

Yang bestnye Mr. Hubby pun cakap sedap..maklumla dia tu bukan senang nak puji masakan wife dia ni…kalo dia dah kata sedap tu maknanye mmg sedap le…

Kiranya tak payah bubuh topping lagi, rupa dia pun dah cantik sebab ada choc chips on top..sesuai kalo nak buat door gift kenduri kawin…

Ni dia resepi asalnye…dicedok drpd fp http://ulampegaga.fotopages.com
Cheese Brownies
Source : aunty yochana

Ingredients :
180 gm. Butter – melted
275 gm. brown sugar
3 eggs
1 tsp. vanilla essence
120 gm. self-raising flour
70 gm. cocoa powder

Cheese filling:
250 gm. cream cheese
45 gm. butter
80 gm. icing sugar
1 egg
(mklang letak skit jus lemon)
Some chocolate chips to sprinkle on top

Method:
(1) Mix melted butter with brown sugar until well combined.
(2) Add in eggs, one at at ime, mixing well after each addition. Stir in vanilla essence.
(3) Gently fold in flour and cocoa powder and stir till smooth.
(4) For cheese filling: beat cream cheese, butter and icing sugar until well combined. Add in egg, beating well.
(5) Pour half of brownie batter into loaf pan, then pour in cheese filling. Then pour the balance brownie batter on top of cheese filling. Sprinkle top with chocolate chips.
(6) Bake in preheated oven 170C for 40 min.s or until cooked

March 7, 2010

Aktiviti Kedai Kejusedap 7 March 2010

Filed under: Uncategorized — kejusedap @ 1:46 pm

Kelas Coklat ‘Praline’ Oleh Chef Khairi.

Kedai Kejusedap hari ini dipenuhi pelanggan yang menyertai kelas demo coklat praline oleh Chef Khairi. Coklat praline bermaksud coklat yang mempunyai filling didalamnya. Bahan utama yang digunakan untuk kelas demo ini ialah Chocolate Collata dari syarikat PT. Gandum Mas Kencana Indonesia.

Chef Khairi sedang menerangkan tentang jenis-jenis coklat

Peserta kelas coklat

Chef Khairi sedang menunjukkan coklat 'high end' iaitu couverture

6 jenis coklat yang mempunyai filling yang berlainan yang di demo oleh Chef Khairi

Peminat bergambar bersama Chef Khairi

Aktiviti Kedai Kejusedap 7 February 2010

Filed under: Uncategorized — kejusedap @ 1:37 pm

Aktiviti memasak pada hujung minggu ini ialah kelas roti yang dikendalikan oleh Pn. Rosanita. Seramai 12 orang peserta telah menyertai kelas yang dikenakan yuran sebanyak RM50.

Pn. Rosanita memberitahu beberapa tips bagaimana untuk menjadi kan roti lembut dan beberapa kesalahan semasa membuat roti yang menyebabkan roti tak jadi naik elok dan gebu.

 

January 29, 2010

From blog to shop….

Filed under: Uncategorized — kejusedap @ 2:24 pm

29 January 2010

Kali terakhir saya menulis di blog ini ialah pada April 2009. Hampir setahun lamanya tiada update di blog ini. Ada sesuatu yang sangat menarik, suatu peluang yang tidak dijangka dan sesuatu yang pernah menjadi angan-angan saya; telah berlaku membuat kan saya kembali menulis. Cerita nya bermula begini.

Beberapa hari sebelum krismas 2009, Kak Meme jiran saya telah meng order kek untuk harijadi anaknya. Kebanyakan bahan2 untuk membuat kek coklat memang ada stok dirumah. Kecuali board dan box untuk bekas kek. Jadi saya pun pergilah ke kedai kek Nova (yang pernah saya ceritakan sebelum ini: Nova Baking Supplies

Pekerja kedai yang memang kenal saya dan sangat ramah, Kak Aisyah menyapa saya dengan gembira kerana sudah agak lama juga saya tidak berkunjung ke sana. Kak Aisyah pun bagi tahu juga yang Azian, bos kedai nak jual kedai nya. Saya sangat terkejut kerana saya juga kenal akan Azian dan tak sangka dia akan jual kedai kek tersebut. Entah mengapa saya rasa sangat ralat jika Azian jual kepada orang lain. Tidak semena-mena Kak Aisyah mencadangkan untuk saya membeli kedai tersebut. Saya menjadi tergamam kerana memikirkan yang saya bercadang untuk mengerjakan haji pada tahun ini, jadi rasanya segala peruntukan kewangan dan perhatian hanya ditumpukan kepada rancangan untuk bersedia ke tanah suci. Namun, dalam pada itu saya juga rasa menjadi suatu kerugian jika peluang yang ada di lepaskan begitu sahaja.

Balik dari kedai, tak sabar rasanya untuk sampai ke rumah untuk memberitahu Mr Huby tentang berita yang tak terjangka ini. Beberapa hari sebelum itu saya juga ada menyatakan hasrat untuk membuka kedai / pengedar ayam organic setelah membaca blog Dr Zainal Abidin tentang usahanya menternak ayam organic dan memerlukan pengedar. Namun itu semua Cuma cakap2 kosong saya dengan Mr Huby pabila memikirkan modal yg agak besar diperlukan utk membuka kedai atau menjadi pengedar. iba-tiba peluang yang seakan serupa datang pula, membuatkan hati bagai melonjak-lonjak untuk tidak melepaskannya.

Setelah berbincang dengan Mr Huby, kami pun bersetuju untuk berjumpa dengan pemilik kedai, Azian untuk berbincang dengan lebih lanjut. Setelah berjumpa, berbincang dan bertanya tentang hal-hal berkaitan akhirnya kami bersetuju membeli perniagaannya.

Dipendekkan cerita, dan dengan restu dan izin Allah setelah berhempas pulas mencari, membuat permohonan dan menguruskan hal2 berkaitan financial serta administration, akhirnya kedai pembekal bahan kek Nova Baking Supplies akan bertukar tangan. Walaupun sigboard masih belum sedia untuk dinaikkan, namun bermula dari 1 February 2010, management kedai akan berada di bawah pengurusan ‘kejusedap ENTERPRISE’.

Bak kata Fatimang, teman baik saya…’peluang mengerjakan haji akan ada setiap tahun; jika Allah izinkan Dia akan beri kepada hambanya apa-apa yang diingini mengikut kemampuan masing-masing….’

April 18, 2009

Oderan Lagi….

Filed under: Uncategorized — kejusedap @ 9:36 pm

22 RabiulAkhir 1430H

Minggu lepas tetiba anak aunty Puspa jiran tingkat 2 yg dah selalu order kek tu datang kata nak order kek. Rupanya sedara dia, Selvi yg tinggal di area rumah teres depan apt ni je yg nak order…

Dia nk kek coklat with cartoon char tp topping dgn frsh cream saje utk bday anak nya. Dua biji lagi kek coklat juga tp tanpa topping utk diberi kepada org lain….

‘, WIDTH, 1, HEIGHT, 1);” onmouseout=”return nd();”>

‘, WIDTH, 1, HEIGHT, 1);” onmouseout=”return nd();”>

‘, WIDTH, 1, HEIGHT, 1);” onmouseout=”return nd();”>

‘, WIDTH, 1, HEIGHT, 1);” onmouseout=”return nd();”>

Older Posts »

Theme: Banana Smoothie. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.